Azlin terpaksa ke Sabah atas urusan kerja. Nak tak nak, disebabkan anak kecil pujaan hatinya ini masih menyusu badan (alasan yang cukup baik untuk bercuti), maka .. ayahnya terpaksalah mengambil cuti dan meninggalkan projek SAPnya untuk sementara waktu. Maka bermulalah pengembaraan Airin Sofea ke bandar Kota Kinabalu di Sabah, negeri di bawah bayu.
Walau bagaimanapun, kami tak ke mana di siang hari sebab ibu bekerja. Ayahnya kena lah jaga Sofea. 1st day memang adventurous sungguh. Maklumlah, ayahnya ni dah lama tidak memegang dan menjaga seorang bayi, but everything was fine. I just missed lunch and was not able to sleep, that’s all
.
Hari kedua lebih mudah, walaupun ibu bekerja, kami dua beranak mengambil keputusan untuk keluar jalan-jalan. Setelah perbincangan dibuat dan persetujuan dicapai, kami pusing-pusing di Warisan Square dan Center Point. Tak jauh manapun
Hotel terletak di Warisan Square yang merupakan sebuah pusat membeli belah di Kota Kinabalu. Manakala Center Point terletak di seberang jalan pintu utama hotel. Hanya pada waktu malam sahaja ibu boleh keluar jalan-jalan dengan kami. Sempat juga merasa satay kepak ayam yang terkenal tu.
Berikut adalah antara gambar-gambar yang sempat di-snap di sana.
Ni dia gambar anak gadis yang puas hati, bila diberi perhatian sepenuhnya oleh ibu dan ayah tanpa kehadiran abang Hariz dan kakak Nurinnya.
Technorati Tags: sabah, kota kinabalu, klia,
Popularity: 57% [?]
12:34 am on April 13th, 2008
[...] Playground. Welcome to the adventures of Hariz Danial, Nurin Arisya and Airin Sofea ← The Kota Kinabalu Trip Health - Important Tips [...]
12:16 am on July 20th, 2008
[...] This post is supposed to come out earlier. It is to be the next post after the transformers post, but i have been really busy lately with work. Anyway, here they are. More photos on our trip to Kota Kinabalu, Sabah. [...]